Penolakan 7


Oleh : Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaluddin Al-Razi Al-Azhari

Dewasa ini, ramai pihak sibuk memperbincangkan mengenai suatu agenda yang amat bermakna bagi umat Islam iaitu, agenda Tajdid (pembaharuan). Pelbagai pihak tampil ke hadapan untuk mengetengahkan pelan agenda Tajdid masing-masing, demi mengubah kesuraman umat Islam pada hari ini, di samping mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenar.

Namun, dalam masa yang sama, muncul juga beberapa golongan dari kalangan umat Islam, yang kurang memahami prinsip-prinsip dan asas-asas ajaran Islam, turut sama mengemukakan pelan Tajdid mereka.

Golongan Wahabi merupakan di antara golongan yang turut mengemukakan pelan Tajdid mereka, “dalam usaha untuk memartabatkan semula umat Islam (?)”. Sejak ianya diasaskan oleh pemimpin tertingginya, Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, ianya (golongan tersebut) terus mengembangkan sayapnya ke serata dunia, demi menjaja “gagasan pemikiran Tajdid Wahabisme”-nya khususnya menerusi badan-badan ilmiah seperti universiti-universiti, kolej-kolej dan sebagainya, dan juga menerusi bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku, laman-laman web dan sebagainya.

Sepertimana yang telah kita bincangkan sebelum ini, golongan Salafiah-Wahabiyah, walaupun seolah-olah menegaskan bahawa, mereka ingin melaksanakan tajdid (pembaharuan), tetapi, dengan cuba mengetengahkan unsur-unsur pemusnah yang tiga tersebut (ta’asub, jumud (statik) dan tasyaddud) yang seterusnya membawa kepada menuduh sesama muslim sebagai pelaku bid’ah sewenang-wenangnya, mengkafirkan sesama muslim sewenang-wenangnya, dalam masalah-masalah khilafiyah (yang diperselisihkan ulama’ mengenainya), bukanlah suatu tajdid, tetapi ia merupakan suatu tafsid (agenda merosakkan umat Islam). Ini kerana, memecah-belahkan umat Islam dengan takfir (mengkafirkan sesama Islam) sewenang-wenangnya, ta’asub (fanatik), jumud (statik) dan tasyaddud (bersikap keras) dalam masalah yang ada kelapangan dalam Islam, merupakan suatu agenda merosakkan umat Islam, walaupun ianya dihiasi dengan slogan-slogan tajdid (pembaharuan umat Islam) mahupun islah (pembaikan semula umat Islam).

pan lang=EN-US>

%d blogger menyukai ini: